Had statutori Leftenan_Jeneral_(Amerika_Syarikat)

Bendera Leftenan Jeneral A.S.

  • Bendera pangkat lieutenant general dalam Tentera Darat AS. Bendera lieutenant general Jabatan Perubatan Tentera Darat mempunyai latar belakang merah manggis; bendera paderi tentera (lieutenant general) mempunyai latar belakang ungu.
  • Bendera lieutenant general Kor Marin AS.
  • Bendera lieutenant general Tentera Udara AS.
  • Bendera lieutenant general Tentera Angkasa AS.[1]

Kanun Amerika Syarikat mengehadkan sejumlah pegawai jeneral yang mungkin aktif serentak kepada 231 orang bagi Tentera Darat, 62 orang bagi Kor Marin, dan 198 orang bagi Tentera Udara.[2] Bagi Tentera Darat dan Tentera Udara, tidak lebih daripada 25% pegawai jeneral yang bertugas aktif mempunyai lebih daripada dua bintang.[3] Beberapa slot ini dikhaskan oleh statut. Pegawai yang bertugas dalam jawatan perisikan tertentu tidak dikira had, termasuk Timbalan Pengarah Agensi Perisikan Pusat.[4] Presiden juga boleh menambah slot tiga bintang kepada satu cabang perkhidmatan jika ia diimbangi dengan mengeluarkan bilangan setara daripada perkhidmatan lain.[3] Semua had statutori boleh diketepikan atas budi bicara presiden semasa perang atau semasa darurat.[5]